skip to Main Content
Padi Mati Sebelum Tumbuh
  • News

GOLONGAN pesawah kawasan Mukim Kuala Kurau dan Tanjung Piandang menggesa Kerajaan Pusat segera mempertimbangkan pemberian bantuan khas kepada mereka susulan lebih 100 hektar sawah ditenggelami air.

Lebih malang, sebahagian besar benih padi yang mula hidup di kawasan petak sawah ditakungi air turut diancam serangan siput gondang.

Ketua Unit Peladang Kampung Parit Abu Samah, Mashat Sanusing, 44, berkata, sebelum ini mereka berdepan masalah kekurangan bekalan air, namun musim penanaman padi kedua bagi tahun ini menyaksikan petani dihimpit masalah petak sawah ‘tenggelam’.

Dia yang mengusahakan dua hektar petak sawah berkata, sejak musim penanaman bermula sebulan lalu, sistem pengairan tidak sistematik menyebabkan petak sawah ditenggelami air hujan yang tidak dapat mengalir keluar.

“Masalah itu ditambah kadar kekerapan hujan lebat sejak dua minggu dan fenomena air laut pasang besar, menyebabkan air dari parit buang tidak dapat mengalir keluar ke sungai.

“Di Mukim Kuala Kurau dan Tanjung Piandang saja, saya menganggarkan lebih 100 hektar sawah diusahakan lebih 100 petani terjejas dan diancam siput gondang,” katanya selepas lawatan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari di kawasan sawah padi terjejas di Kampung Parit Abu Samah, semalam.

Sebahagian pesawah menunjukkan siput gondang yang menjadi ancaman utama kepada benih padi ditanam mereka.

Pesawah, Rosli Samsuri, 44, berkata, masalah benih padi terjejas akibat sawah tenggelam memberi kerugian besar kepada mereka.

Menurutnya, terdapat sebahagian besar yang terpaksa mengulangi proses menyerak benih padi sebanyak tiga kali berikutan keadaan petak sawah tenggelam.

“Bayangkan bagi setiap hektar petak sawah yang dijalankan proses serak benih padi, pesawah terpaksa menanggung kos keseluruhan mencecah RM670.


Berita asal

KODIAK ENGINEERING SDN BHD

Back To Top